30 C
Medan
Sunday, June 30, 2024

Rasullah SAW sebagai Teladan yang Baik

Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik yaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)(Al-Ahzab: 21)

Oleh: Ustadz Muhammad Budiono Al Amin (Da’i Muda)

Ummat Islam khususnya para pemuda sentiasa mencari-cari seseorang untuk dijadikan contoh. Dalam hal ini, fakta remaja hari ini lebih mengagumi tokoh-tokoh popular, yang menonjol barangkali karena rupa paras, ilmu atau kelebihan yang dimiliki dan remaja lebih suka menjadikan mereka idola atau pujaan hati mereka.

Dalam Islam, menjadikan seseorang sebagai contoh tidak boleh sehingga terlalu memuja orang tersebut. Contoh yang terbaik untuk diikuti ialah Rasulullah Saw. Rasulullah selama 13 tahun berusaha berdakwah kepada umat Islam di Mekkah untuk meninggalkan berhala yang menjadi idola dan sembahan mereka dan mengajak mentauhidkan Allah yang Esa.

Watak Rasulullah dibentuk oleh Allah melalui Al-Quran. Sifat-sifat Nabi yang mulia, kebijaksana dalam memimpin negara, berlemah-lembut dan berhikmah dalam berdakwah serta berwasatiah (bersederhana) dalam soal kehidupan harian. Malah Rasulullah senantiasa memamerkan budi pekerti yang baik dan terpuji kepada umatnya.

Sejarah hidup Rasulullah melalui berbagai jalan getir dan hidup yatim piatu sejak kecil lagi apabila ayahnya meninggal dunia ketika Nabi di dalam kandungan ibunya. Tidak dapat merasai kasih sayang seorang bapak, ibunda yang dikasihi pula meninggal dunia ketika usia Nabi masih muda. Keperihatinan Rasulullah membesar tanpa ayah dan ibu menjadikan Rasulullah seorang yang berdikari.

Allah telah memberi tarbiyah kepada Rasulullah menjadi seorang yang jujur, amanah dengan menghadiahkan Nabi pengalaman hidup yang mendidik Rasulullah seorang yang terpuji. Terpuji kerana sifatnya yang tidak pernah menyembah berhala, senantiasa melihat dan merenung terhadap persekitaran dan kekayaan alam sekelilingnya. Atas sifat terbilangnya dan kepimpinan diri, Rasulullah diberi penghormatan menyelesaikan pertikaian dan permasalahan karena perebutan kuasa dalam kalangan ketua kabilah untuk menempatkan Hajarul Aswad.

Rasulullah juga terkenal sebagai penggembala kambing dan peniaga yang memiliki sifat amanah, cakap, jujur, sabar dan ikhlas sehingga membawa keuntungan yang berganda untuk rombongan perniagaan Khadijah.Banyak teladan dan contoh ikutan ditunjukkan junjungan besar Nabi Muhammad buat pedoman remaja dan belia. Sesungguhnya kehidupan seorang pemuda dan pemudi Islam tidak dapat lari daripada menjadikan Rasulullah sebagai model ikutan sepanjang zaman.

Justru, remaja harus dididik agar memahami dengan sepenuh hati kaitan penghayatan sirah dengan kelangsungan hidup mereka terutamanya sebagai remaja serta kepentingan mereka menghargai sirah demi menjayakan misi hidup. Dengan keyakinan yang jelas terhadap kepentingan penghayatan sirah ini, ia mampu menumbuhkan kecintaan dan usaha dari dalam diri mereka sendiri untuk terus mencari dan menghayati sirah agung sepanjang hayat mereka.

Cara dan gaya mendidik remaja menghayati sirah harus bersesuaian dengan jiwa remaja yaitu ke arah mematangkan remaja dan melatih mereka berfikir sebagai manusia yang bertanggungjawab memikul amanah yang telah Rasulullah tinggalkan kepada setiap umat Islam.

Sikap yang kreatif amat diperlukan demi menghasilkan produk-produk yang dapat membantu remaja mencerna dan menghayati akhlak Rasulullah supaya produk yang dihasilkan menepati syarak, dijual dengan harga yang berpatutan dan berkualitas. Malah, usaha penerbitan film animasi seperti Muhammad Utusan Terakhir serta film Saladin yang menampilkan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin agung Islam perlu terus didokong dan disokong supaya sirah Nabi dapat disebar dengan lebih berkesan dan meluas.

Selain itu, Rasulullah harus ditonjolkan sebagai tokoh di zaman remaja Rasulullah. Ketokohan Rasulullah sebagai tokoh perniagaan sejak remaja lagi menyerlahkan Rasulullah sebagai ahli perniagaan remaja yang pintar membina strategi perniagaan berlandaskan nilai murni dan kejujuran.

Beliau ialah tokoh remaja yang kata-katanya dipercayai setiap lapisan masyarakat, tidak kira tua atau muda. Di sini, Rasulullah telah menetapkan asas kukuh bagi pribadi anak muda yang ingin bergerak aktif dan berjaya dalam bidang perniagaan yaitu bersifat amanah dan bertanggungjawab selain daripada mengetahui kemahiran dan strategi dalam perniagaan, walaupun masih baru dalam bidang tersebut.

Selain diri Rasulullah sendiri, akhlak Rasulullah juga menampilkan tokoh remaja lain yang gemilang hasil didikan Rasulullah seperti Ali bin Abi Talib, Usamah bin Zaid ,Tariq bin Ziyad, Abdullah bin Abu Bakr, Abdullah bin Zubair, Fatimah binti Muhammad, Aisyah binti Abu Bakar, Asma binti Abu Bakar, dan ramai lagi tokoh remaja yang menonjol kewibawaannya dalam masyarakat. Rasulullah telah berjaya mendidik mereka mewarisi pribadi unggul dan keberanian dalam menegakkan agama Islam.

Maka daripada itu sebenarnya kita wajib mengikti , mencontoh Rasulullah Saw, kita jadikan Beliau idola. Sifat Rasulullah yang kita kenal adalah amanah (terpercaya), fathonah (cerdas), tabligh (menyampaikan), siddiq (benar). Maka kita pun mencari pemimpin sebenarnya harus memiliki kreteria seperti itu, dan persiapkan diri kita apabila hendak menjadi pemimpin, baik pemimpin rumah tangga sampai negara, kalau tidak ada sifat hal yang diatas, maka jelaslah hancur negara ini, rusak agama, dan rugi pada diri sendiri. wallahu’alam.

Artikel Terkait

Terpopuler

Artikel Terbaru

/